CLICK! CLICK ! DI SINI

Thursday, December 29, 2011

being a mum

being a mum
makes me love my mum more and more

*kan sis?

Photobucket

Tuesday, December 6, 2011

PROGRESS

06/12/2011

FITRA - 15kg
FALIQ - 12kg

alhamdulillah di tahap normal

Photobucket

kopi O tipis suam kurang manis

bukan senang jadi 'dewasa'
banyak benda yang kene buat, kene pikir, kene macam2 kenelah
and seseorang tu tak boleh ditakrifkan dewasa semata-mata kerana umurnya
ada yang dah umur 30..40..tapi masih belum dewasa
mungkin dari segi pemikiran or perangai
banyak yang boleh kita perhatikan dari orang sekeliling kita tentang dewasa ni
kelakar tapi benar2 wujud
sedih pun ada

as for me..aku nak takrifkan kedewasaan aku dengan my favourite new drink
'kopi O tipis suam kurang manis'
kenapa?
sebab ramai orang kata minum kopi ni macam orang tua-tua,hehehe
walaupun aku tak berapa setuju sebab ramai dah orang muda pandai minum 'coffee' sekarang ni
lagi satu sebab dah kurang gemar sangat dengan makanan manis-manis
dah makin meningkat usia..lidah da tak berapa boleh terima
plus : perlu sedar kesihatan semakin perlu diambil berat
Subhanallah


Photobucket

Tuesday, November 8, 2011

not counted

mine is not counted
tak aci betul..


Photobucket

Thursday, November 3, 2011

SYUKUR YA ALLAH


اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“ Yaa Allah..Bantulah hamba untuk (senantiasa ) mengingat-Mu, bersyukur kepada-Mu, serta memperbaiki (kualitas) ibadahku kepada-Mu.”






Photobucket

Tuesday, November 1, 2011

FUHH!!

7 mnths yeaw!
since d last entry

kene sumpah la kot sampai malas tahap gaban update blog

whateva pun
today rasa rindu giler nk update + bos xde kt opis

oo ye..maybe itula reason tak update
i got a new bos on April
a strict,rajin bagi koje + a bit kelam kabut,huhu
at last resorted in not doin' anythin'

anyway,its a special day 2day
my 4th wedding anniversary
the celebration starts wif imbauing kembali zaman perkenalan kat sekolah dalam perjalanan him anta me pegi keje..weehuu..romantik ker??

no suprise planning like last year..
just wishes n simple gift 4 each other
(tak beli adiah lagi pun,huhu)

just wanna thank ALLAH so much coz giving me d chance to have him in life
gelak,tawa,nangis,gaduh,maki,puji,gurau,senda,majuk,pujuk
its a normal wedding life
im very thankful 4 all that
coz itu semua mematangkan me as a wife,mumy and also a person

lastly
HAPPY ANNIVERSARY FOR HUBBY!


*maaf sebab masih belum dapat tunaikan hajat yang satu tu..to cal u 'abang'..agak meremang bulu roma di situ..:)

Photobucket

Thursday, March 31, 2011

expectation

susahla!
if others always expect us to be perfect
all the time..

lagi susah
if others always expect us to have no emotions
at all..

*sigh

Photobucket

Wednesday, March 23, 2011

torch??

nak torch for a b'day gift leh x?
ade sesape nk bg x?

hehehehe....:)


Photobucket

Wednesday, March 16, 2011

MERONG MAHAWANGSA

last tuesday went to watched d movie with hubby and my ofismate kak an
kat Jusco Bukit Tinggi le
mana lagi..
tu yang paling dekat

me n hubby got free ticket coz ada cabel baik punye..hehe
ni 1st time dapat tiket free
lagipun tak bolehla selalu kan
anyway thx to 'my hubby's cabel' for d tiket..^.^

kami nonton 830 punya tayangan
pastu ada kejadian yang tak best
biasa kalau masuk mesti kita akan tengok segala bagai iklan- iklan dia kan
tapi ni ada suara je
picture takde
ingatkan time iklan je
rupanya about 3minit after d movie start pun tak kuor gambo lagi
hangin tol kitorg + sume org dalam tu
penonton jerit punya jerit barula kuor gambo
tapi x syok la coz da terlepas starting dia..

mula je kuor gambo terusla kami concentrate kononnya
BEST! MEMANG BEST!
because its different from the other malay films
yang ni multi racial seantero dunia

yang best memang best la
nak komen pasal tak best nye sket..(pengkritik filem tak bertauliah)
watak LYCIUS cam tak reti berlakon
watak YING YING is using malaysian/singaporean english intonation
watak JEHAN MISKIN hmm..tak taula sebab da biasa tengok dia kan..tak rupa cam pahlawan zaman dahulu kala..hehe..lebih pada hero zaman moden
watak EMPEROR OF CHINA ingatkan memula dia hulubalang je..at the end of cite dia jadi emperor lak..hmm..agak confuse di situ..ke aku yang salah??? tolong sesape da tengok correct me if i'm wrong..

then yang paling kelakar jumlah askar masa perang
nampak sikit sangat
especially masa battle yang last tu
da gabung 3 negara pun cuma ramai tu je..hehe

anyway i'm giving ****stars for this movie..
memang best
worth it bayar duit tiket yang tak bayar..ahax!!

*WELL DONE TO ALL THE WATAK UTAMA..BEST!!!


Photobucket

FALIQ HILANG DI PLAYGROUND








kenal dengan muka muka ni?
biasa lihat dan dengar situasi ni?
pernah alami keadaan ini?
macam mana perasaan menjadi ibu bapa mereka?

pertamanya aku nak panjatkan jutaan syukur ke hadrat ALLAH SWT
kerana masih panjangkan jodoh aku dengan faliq
kerana aku masih diberi peluang memeluk, mencium dan menyuap dia

masih ingat lagi perasaan tu
waktu cari faliq ke sana ke mari
dalam kepala ni dah macam macam yang terbayang
kalaulah dia da hilang da takkan jumpa lagi..
YA ALLAH!

memang teruk sangat perasaan masa tu
rasa macam tak boleh pikir ape dah

ahad lepas la ni..kebetulan ada karnival kat morib
bawak my mum
 and budak budak
ramai giler orang hari tu..
bawak kakak and adik ke playground
da jadi habit diorg klu sampai diorg akan tengok orang dulu
duk perati orang lain main
lama sket nanti baru diorang akan bergerak

so adik memang berdiri kat tangga nak naik slide
aku, abahnya and my mum cari tempat duduk
duk kt atas tanah
boleh la pulak abahnya terduduk atas sarang semut
kelam kabut la aku nolong buang semut semut tu

adala dalam 2,3 minit pastu.. bila toleh faliq da takde kat tempat dia berdiri tadi
memula relax dulu
pusing satu playground kalau kalau dia pegi carik mainan lain
pusing punya pusing pun tak nampak kelibat dia
adela da 5 kali pusing kot
airmata aku da meleleh
dalam longkang pun aku jenguk
mana la tau terjatuh dalam tu
pun takde

semua orang da mula perasan yang kami cari something
bile ada yang start tanye tu la airmata mumy da tak tahan lagi
menangis bagai nak rak!
then ada sorang kakak ni suggest suh wat pengumuman kat karnival
so abahnya pun pegila
aku kat taman tu asik kene interview la orang orang yang nak tolong
diorang mintak tengok gamba macam mana rupa dia

then after 10minit camtu..ada sorang budak bujang ni panggil
kak..tu suami dengan anak akak ke..dia tunjuk ke satu arah
bila aku dongak je memang betul
abahnya da jumpa faliq
mumy terus lari ambik faliq peluk kuat2

YA ALLAH!
syukur alhamdulillah
tak dapat nak gambarkan perasaan gembira and lega masa tu..
hampir setengah jam la jugak faliq hilang..rasa da nak pengsan pun ada gak

abah jumpa faliq dekat tengah tengah karnival
berjalan lenggang kangkung
wat muka pedek...
aish!!budak ni..

Faliq!!!!!!!!!!!!!tolongglahhhhh!!!!!
jangan buat mumy dengan abah rasa macam ni lagi
tolongla jangan..

*kalau nak ikutkan perangai faliq, agak tak logik dia boleh jalan sejauh tu sorang-sorang ..hmm..ntahla!





Photobucket

Tuesday, March 15, 2011

TOK BELAGAK

nanti dulu tentang review Merong Mahawangsa..

nak komen sket pasal cite muka depan Metro harini : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/BacaYasinmengundur/Article/index_html

terkejut gak
sebab baru baru ni baru dengar cite pasal dia from one of his pengikut

camni cito eh..
my husband and i went to meet a guy coz ada urusan
baru kenal lah ni
then dia cite cite pasal dia salu lepak kat tempat guru nama tok belagak
and cite tentang kehebatan tok belagak nila
konon hebat giler la tok ni
takde guru yang setanding dengan dia
KONONNYA!
my hubby ni memang terlebih peramah
so dari satu point cite tu da jadi novel dibuatnya
macam macam la
tak tau nak cite kat sini
tapi yang penting
me as a person yang lebih kepada logic thinking memang hmm..ntah pape ntah dia ni..hehe

memula dengar memang kitorang gelak ar coz nama dia memang belagak gile..hahaahaha
mamat tu ada gak ajak my hubby lepak kat tempat tok belagak tu
Pusat Rawatan Darul Saka katenye
SEB BAIK LA LAKI AKU TAK TERJEBAK
fuuhh!!!

sebab dari awal lagi bini dia ni da warning
jangan nak ikut2 bende yang ntah ape2 ni
dengar cite pun da macam tak bape logik

rupanya memang betul ada something wrong..fuuhhh!!!!
scary!

sesape yang mengamalkan logic thinking cam aku gi baca blog dia : http://darulsaka.blogspot.com/

sesape yang agak cepat terpengaruh dengan memenda mengarut and songsang ni
dinasihatkan jangan baca
tapi terpulang pada jugdement individu
saya tolong nasihat je..



Photobucket

Hikayat Merong Mahawangsa (Official English Trailer)




PETANG NI MAU PERGI NONTON
WAIT FOR MY REVIEW TOMORROW..^.^

*hopefuly it is as i expect
Photobucket

Monday, March 14, 2011

TSUNAMI di JEPUN


SUBHANALLAH!
peringatan untuk sekalian umat manusia
jua diri ini..

muhasabah diri
menambah ibadah
menyayangi kalian di sisi..

semoga mereka tabah menghadapi dugaan yang datang
semoga kita sedar akan kekuasaan YANG MAHA ESA


Photobucket

Wednesday, March 9, 2011

Faliq - my first time


ini la ni budak yang masuk wad for d first time (exclude la masa dia lahir kan..). dari kecik sihat walafiat je budak kecik ni. tak macam kakak dia yang tiap-tiap bulan demam. bile nak datang demam kali ni, haa kau! terus masuk wad..

asalnye demam da seminggu tak kebah2..
da bwk gi klinik..hospital..pun tak ok gak..
akhirnya bile da kebah sket kuar plak darah dari hidung membuak2
+ muntah - muntah
saje je nak kasik mumy and abah gelabah
kami pun segera balik umah and bawak ke kecemasan hospital
masuk air la sket + duk wad 2hari..

bile kat dalam wad baik plak dia tak demam tak hape
haa! elok sangat latu faliq..boleh kita balik cepat..hehe
yang paling penting
doktor kata
darah kuar dari hidung mungkin berpunca dari terlalu panas or sebab dalam hidung terluka flu lama sangat
lega la kami mak bapak nye ni
takut la kan sekarang ni musim denggi..ish3!

so pasni kalau hidung berdarah lagi
just tuam dengan ais kat hidung tu..
jangan panic menggelabah..hehe


so happy da kuar dari spital
*last week punye cite
*masa ni mak long faliq kat icu
*dulu kecik2 kalau idung berdarah..mak tuam pakai daun sirih


Photobucket

Tuesday, March 8, 2011

leaving..

he left me..

thinking that i'm ok!

i'm not ok + bengkak di mata  + hati = hurt


Photobucket

Friday, March 4, 2011

MY LOVELY SIS MASUK ICU

macam macam ada!

itu ungkapan/tagline astro yang famos
and itu jugak yang jadi in my life rite now

di hujung hujung bulan februari yang tak berapa best + awal mac menambah cerita yang ada..

my eldest sister was admitted to hospital on 24th February due to demam panas yang panjang
dah agak lama dia sakit
cepat lesu..susah tido..sesak nafas..gatal gatal seluruh badan..
at first we thought that it is 'sakit misteri nusantara'
adalah peristiwa peristiwa yang menyebabkan kami bersangka begitu..

but then, almost 3bulan berubat sana sini..takde langsung perubahan
makin teruk adela..
and at last da tak tahan sangat, pegila dia ke wad kecemasan

kat situla mulanya episod duduk kat spital dan makin teruk
coz on 28th she was admitted to ICU
mak dah nangis nangis je..hmm
the doctor told us that she actually da ada macam macam penyakit
darah tinggi tu memang lama ada dah
paru paru berair meyebabkan badan bengkak and jantung lemah yang buat dia sesak nafas..

yesterday sis da dikeluarkan ke wad biasa balik
tapi nampaknya makin teruk plak condition tu..hmm
maybe after this nak rujuk IJN kot..tak taula..dia ada laki..let the "angel laki" uruskan..

sedih sangat tgk my sis dalam keadaan camtu..
make me realize harus jaga kesihatan dengan sangat lebih perhatian..
umur my sis baru 41thn je..bkn tua sgt pun

apa yang kami sekeluarga leh buat sekarang is berdoa dan bertawakal!

*sis..cepat2la recover..boleh kita wat bbq as u wish haritu..sob ;(


Photobucket

Thursday, March 3, 2011

10 things i hate about me

1 MALAS
2 MALAS
3 MALAS
4 MALAS
5 MALAS
6 MALAS
7 MALAS
8 MALAS
9 MALAS
10 MALAS

Photobucket

Thursday, February 10, 2011

Anuar Zain-Sedetik Lebih Cover



heart this song so much..enjoy!

Photobucket

WORDS

FITRA:
tak terkira banyaknye words yang she dah tau. dah macam orang tua je kalau bercakap. but still got few words yang dia masih pelat lagi. takpe..it will takes time i know..here are few words yang she masih pelat. banyak gak tapi mumy tak ingat sume:

tatupen - aeroplane
angkel - angsa

+ kalau dia cakap bahasa yang agak tak difahami tu maksudnya dia nak cakap english tapi tak tau nak pronounce..ahax!
for example if mumy cakap english dengan dia and dia nak reply balik, dia akan cakap bahasa dia tu..hehe..lawak giler
+ dia punya intonasi cakap tu da macam orang melaka.. e.g: 'tak ape lee' 'iye lee' 'takyah lee' (mentang-mentang keturunan dari sana =)

FALIQ:
he da mula cakap few words ni start Januari. yang lain kalau dia nak he just tepuk kita and tunjuk ape yang dia nak. but ok lah ni for a start:

tutu - susu
baba - abah & mumy
uai - buai
taktak - kakak
neknek - nenek
tok - atok
nom - minum
bam - baring
mam - makan
nak - nak
pai - tupai
yam - ayam

the rest mumy will update time to time..adios!


Photobucket

Wednesday, January 26, 2011

MY reminder

سُوۡرَةُ العَصر

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)
 
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

 
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)  
 
Photobucket


Thursday, January 13, 2011

sad and stress









have no mood today..
a bit stressed with things happened around me

keep thingking of what has happened
what wiil happen 
the things happening now

feel sad n regret with my own action
coz i cant turn back time


Photobucket

Tuesday, January 11, 2011

PROSPERITY BURGER


an all time feveret nih!
YUMMY2
masa tengah wat entry ni pun aku leh terliuq
rasa nak call mc'delivery sekarang jugak..hehe

this is my feveret and this is d one yang aku akan nantikan every year
dulu masa zaman belajar..
i have a bff
kami akan compete sape makan paling banyak prosperity nih in that particular season
contohnya..sape paling larat la..in a week ko sanggup tak makan 2 or 3 kali
hahahaha!
gilos betul time tuh..yelah..dahla student..poket bukan tebal..every week catu ringgit malaysia bape ringgit cukup2 untuk makan
kalau abih budget tuk minggu tu..alamat makan maggi la hari jumaat tu..huhu
tapi masalahnya kerana kegilaan kami pada prosperity nih..sanggup tuh tiap2 minggu makan nih..
mahal kan for a person named student..tapi sedap wei..
setaun sekali je kuar ni

now..aku tak tanya lagi kat membe tu a.k.a wawa
for this season dia da makan bape ketul..
nak tanya sekaranglah..:)

*i myself baru makan 2kali..tak macam dulu dah..hehe

Photobucket

birthday!

harini harijadi kakak saya la..
saya lupa sebenarnya...oh tidak!!!!

anyway belum la lambat sangat
baru lambat beberapa jam je kan..hehe

To my lovely sis YOA,

HAPPY BIRTHDAY yg ke tuuuuutttt..
MAY ALLAH BLESS D JOURNEY OF YOURS..
MAY ALLAH GIVE U LOTSSSSS OF HAPPINESS AND WEALTH
(so i can tumpang sekaki..hahahaa)
lastly..EPI TUA DAY!!!


Photobucket

Saturday, January 8, 2011

demam langkawi


sian anak dara sorang ni.kat langkawi bukan main happy lagi.memang takde masalah langsung bawak dia jalan-jalan.cuma masa perjalanan balik tu jela dia da penat sangat or mabuk feri kot..abih muntah-muntah dalam bas.we reached home at 3am on 28December2010. sampai umah dia masih boleh gelak2 dengan faliq.but bile woke up morning tu, badan dia da mula paaaaaaanas sgt.cool fever tu letak dalam 10 minit pun da boleh kering.just imagine jela camne paaaanas dia.and the thing is..dia xmo dengan orang lain selain mumy.luckily adik faliq tak demam seteruk fitra.demam la jugak tapi stil boleh jalan-jalan and main2 lagi.fitra pulak langsung hampeh.terbaring dengan sgt lemah longlai. ++ kene cirit birit pulak tu.asik poo poo je.pity her sooo much.there she goes in d pic..sangat lemah dan berserah je..next time..will not bring her to a loong journey like that anymore..hmm..sian anak mumy tau!!!! sori kakak..:(


Photobucket

Tuesday, January 4, 2011

movie marathon

movie time!

lama dah tak gi tgk wayang..
masa sangat2 tak mengizinkan
dahtu..
dah rindu sangat nak tengok movie
kami pun buat marathon last week

sebenaqnya, hubby yang teringin beno nengok cite the tourist tu..
kami pun pegila ke Bukit Tinggi (tempat biasa)
aku abih keje terus stret gi sana
memang salu camtu..
sekarang da tak boleh harap weekends
ada je hal nye
lagipun bile da sampai umah..da nengok muka fita & faliq..tak sampai hati nak ninggalkan mereka

kul 6:30pm sampai
terus gi beli tiket dulu
skali The Tourist kul 9:00 da sold out..tinggal yang kul 11:00
mumy kate lambat sangat..tapi abah nak jugak tengok
dengan niat nak tengok wayang..kamipun amik Gulliver's Travels kul 8:00 sebab nak memenuhkan masa sementara tunggu The Tourist tu
kalau gi jalan2 pun buat abih duit je..baru balik dari langkawi kan..dah tak hadap nak shopping

Gulliver's Travels 3D
first time nih nengok movie 3D
oklah tak byk beza dengan tengok movie yang tak 3D
rimas pakai spek tu
okla movie ni..sebab en jack black tu comey je kan..hehe
its a Guliiver's Travels in a modern style


The Tourist
Angelina Jolie + Johnny Depp
a good blend of salad..haha
duo2 aku suko and minat beno!
luluh jap tengok Johnny Depp di situ tapi cover cun sebab en hubby kat sebelah kan..ahak!
(ntah2 en hubby pun rasa yang sama pasal Angelina Jolie)
cite penjahat yang licik tapi ntah kenapa da boleh predict ending dia
tak tau kat mane kelemahan movie ni
for me..main character yang famous menyebabkan movie ni jadi best..
skali lagi nak cakap..aku gila nengok Johnny Depp wei!!!!

*** for both

Photobucket

Saturday, January 1, 2011

LANGKAWI

 SELAMAT DATANG KE LANGKAWI!

inilah trip kami sekeluarga untuk 2010
last year on 25th december kami ke Penang
tapi bawak fitra sorang je
adik faliq tinggal 
coz dia kecik sangat masa tu..baru 3bln

if trip ke penang last year dgn my BFF
(eti,ayiq,caq,ijat,pijul)
this year plak dengan ofismates
tujuan sebenar ada lawatan penanda aras ke Kolej Komuniti Langkawi
tapi cam biasa ler
sambil menyelam sambil minum air kan..huhu

so..check out our stori mori kt sane;

*1st day xdak gambaq coz kelam kabut..harap maklum..

 2nd day: this is the1st place kami pegi
MH Saujana kilang produk gamat
macam-macam ada!
memborong jugelah kami di sini


 pastu singgah tempat beli batik tapi tak beli ape2 coz niat nak beli barang kat pekan kuah nanti
and this is the next destination 
Geoforest Park
naik bot ke Gua Kelawar, Sangkar Ikan, tengok helang and Sempadan Thailand


 masuk jugak kami dalam gua kelawar ni..


 Fitra takut naik bot ni
abang bot ni rempit..layaan je dia bawak bot laju2
Faliq pun kemain suke
dapat tengok helang banyak gler

 in front of pintu masuk ke jetty Geoforest Park 



 kakak blur kene posing

 adik plak tidoq biler sampai sini
Makam Mahsuri
anyway mumy and abah da pernah masuk
so kami lepak jela kt luar sementara tunggu kwn2 lain masuk

cadangnye nak ke cabel car..
tapi masa da suntuk pulak
tengok orang ramai giler kt cabel car tu
kami patah balik terus pegi pekan kuah
coz sume da excited nak shopping termasukla kami..hhehe

singgah jap kat idaman suri
pastu baru g kuah
niat aku n hubby nak beli perfume
so apalagi ke kedai perfume la kami kejaq
orang lain sibuk bli pinggan mangkuk..kami sibuk pilih perfume..hehe
asal dari umah teringin sangat nak bli be delicious hijau
sekali sampai situ abis sudah stok..boleh tak cm2?sabau jela..
last2 amik Gucci Envy Me
bolehla..

dapatla beli ole2 sket untuk family sana dan sini
tapi memang kelam kabut giler
dengan 2org anak + kedai kami pergi jauh giler dari tempat bas parking
sian Fitra kene jalan jauh2
nak dokong tak larat 
Faliq..nasib baik kami bwk buggy..kalau tak mau pengsan mumy n abah..

lepas kuah 
last destination is Dataran Helang
mumy tak turun dah dik oi!
somput sudah..

 malamnye hubby sewa kete kat resort
oh..lupe nk mention..kami stay kat Chandek Kura Resort
bukan kat kuah or cenang tapi kat dalam kampung
bolehla daripada tak ada..upss!

kami tak makan kat resort terus pegi sini
Restoran Hj Ramli, pantai Chenang
ramai giler org k!
omputeh pun ramai mkn kat sini

 faizal dan rohaiza kalau pegi seafood memang camni ye..harap maklum
walaupun makan 2org je
licin babe!
patutla penuh..memang yummy!!super delicious..!!!
cume anak2 da bising penat sangat seharian tak rehat
so kami tak jalan2..abih makan terus balik tidoq
*mumy telan 2biji paracetamol baru leh tidoq..sakit pala penat sangat


 3rd day: Kolej Komuniti Langkawi
seawal 830 kami da sampai
dengaq taklimat jap and diorg bawak tour ke seluruh kawasan..
besaq noo KK Langkawi ni..
courses yang ditawarkan kat sini pun menarik
Faliq jadi romeo di sini..ske betul my ofismates' daughter layan dia
puas dia jalan tour dalam ni..:)

 KK Langkawi ni sangat dekat dengan Airport Langkawi
aeroplane lalu cam kete je zub zab zub zab..
masa nak amik gamba kami ada aeroplane lalu..tu yg dok pandang atas nun..


 and tibalah masa kami balik
ferry kul 1230 ke Kuala Kedah
ada masa lagi so apalagi kami shopping la lagi
smalam memang belum sempat beli chocolate
memborong lagi kat sini..hhehe
orang memang ramai tak hengat k!

 fitra and faliq boring tunggu giliran..hahaha!
kelam kabut jugakla masa ni coz nak mengumpulkan ofismates n family seramai satu bas
tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar

 kami keluaq ikut Gate A ke Kuala Kedah
about one n a half hour journey

tak abih kat situ..
dah tu kami sempat pergi ke padang besaq
shopping lagi..
hubby kate kopak aku!!!hahahha

*xpela en hubby..awak pun memang kaki shopping..:)

sampai umah kul 3pagi..flat tak hengat..
anyway selamat sampai da cukup baguih kan kan!
Alhamdulillah..

*akan continue dengan kisah fitra demam..