CLICK! CLICK ! DI SINI

Tuesday, July 27, 2010

trauma 2bradik dilarikan






FAUZIAH SAAFIE (kiri) bersyukur dua anaknya, Siti Haida dan Nurul Fatin Farhana (kanan) ditemui semula selepas tiga penjenayah melarikan kereta bapa mereka di depan sebuah kedai gambar di Jalan Sagor, Kuala Kangsar, malam kelmarin.



TAIPING: Dua beradik perempuan menempuh 90 minit paling mencemaskan apabila tiga penjenayah melarikan kereta bapa mereka yang ditinggalkan dalam keadaan enjin masih hidup di depan sebuah kedai gambar di Jalan Sagor, Kuala Kangsar, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.20 malam, Siti Haida Dzulkapli, 6, dan kakaknya, Nurul Fatin Farhana, 17, berada dalam kereta itu manakala bapa mereka, Mejar Dzulkafli Ahmad, 48, yang juga Penolong Pegawai Memerintah 50 Rejimen Askar Jurutera Diraja di Kem Bukit Higate, Kuala Lumpur serta ibu mereka, Fauziah Saafie, 41, berada dalam kedai gambar berkenaan.


Tiba-tiba, tiga suspek meluru ke dalam kereta Honda Accord itu dan melarikannya bersama dua beradik berkenaan sebelum meninggalkan mereka di satu kawasan sunyi di Liman Kati, kira-kira 20 kilometer dari tempat mereka dilarikan, satu setengah jam kemudian.

Nurul Fatin Farhana yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini berkata, sebaik memasuki kereta, seorang daripada suspek yang duduk bersebelahannya di bangku belakang memegang kuat tangan dan mencekik lehernya sambil memberi amaran supaya tidak menjerit.

Kejadian itu berlaku begitu pantas dan saya tidak cuba melarikan diri kerana ketika itu adik sedang nyenyak tidur dan bimbang sesuatu terjadi jika saya meninggalkannya bersendirian.

Saya hanya mematuhi arahan penjenayah dan pada ketika itu perkara paling saya takuti kemungkinan dirogol, tetapi saya bersyukur tidak diperlakukan begitu, katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mewah, Kamunting, dekat sini, semalam.Nurul Fatin Farhana berkata, sebelum ditinggalkan di satu kawasan gelap dan sunyi di tepi jalan, dia ada mendengar perbualan seorang penjenayah meminta rakannya tidak meninggalkan kami dua beradik terlalu jauh. Sebelum turun kereta, adik terjaga daripada tidur.

Sebelum meninggalkan kami, penjenayah memberikan saya RM10, dua lampu picit dan kunci rumah.Apabila keluar daripada kereta saya melihat jam 11 malam. Saya dan adik mundar mandir di kawasan itu sebelum seorang lelaki menghampiri kami dan bertanyakan apa yang berlaku sebelum menghantar kami ke balai polis berhampiran, katanya.Nurul Fatin Farhana berkata, dalam kejadian itu, penjenayah melarikan beg tangan, telefon bimbit dan wang tunai RM300 miliknya serta alat sistem pengesanan global GPS milik bapanya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superintendan Abdul Ghaffar Muhammad ketika dihubungi mengesahkan, kereta dilarikan itu ditemui di Rantau Panjang, Kelantan, awal pagi semalam.Sementara itu, ibunya, Fauziah Saafie, 41, berkata kejadian itu memberi pengajaran kepada dirinya dan suami supaya tidak meninggalkan anak bersendirian di dalam kereta dengan enjin masih hidup.


MasyaAllah..this kind of thing can happen to anyone.to me..to u..to anyone n anytime.mcm kejadian ni..happened in just few seconds je.bkn few minute tp seconds.betapa cekap n pantas nye p,jenayah tu.perkgh..ini btl2 pengajaran 4 us la.after this no more tinggal2kn my car especially wif kids inside wlupun sekjp.coz b4 this aku salu wat pun.nk bli susu kjp la..nk isi myk lg la slalu.coz i tot skp je.tp yela..malang x berbau.we never know when it will happen to us.

otw 2 work this morning,mcm biase dgr hot fm.they manage to interview d father n one thing yg sgt b'guna yg aku br realize arini is; it is veri8 important to have police station fon no in our hp.its really useful in emergency.the family above is veri lucky bcoz d father is a mejar so he knows a lot of people n blh b'fikir dgn pantas n cpt.he called d nearest police station n 999 n also sms d news to all frens in his listing.dgn tindakan pantas n luckily knowing many frens n contacts..kereta dpt dijumpai.tp itupun da jauh.n nsb baik d criminal msh ada ati perut x ape2kn ank2 dia.if la dpt kt criminal yg mmg zalim giler..can u imagine ape nsb bdk2 tu skrg??i dun want to imagine it..so..sumtimes things happend like this btl2 blh m'buka mata org awam..my sympathy for them n also thx a lot to them too..

Photobucket

2 comments:

yantieramli said...

iyeee... betul3x. pengajaran buat kite smua...jgn buat lg ye eja... aku mmg tak pernah tggal anak sorg2 dlm kreta... slalu husband tggalkan aku dgn anak2 dlm kreta. tp malang tak berbau kan. walaupun depan rumah sendiri. di traffic light pun. di mana2 je kena berhati2. ok lepas ni search no balai polis berdekatan.

ade sorg pemanggil dgn bangganya bgtau dia dah ajar anak dia umur 6 tahun mcm mana nak kunci dan buka pintu kreta. si emak tu pergi shopping selama sejam lebeh dan anak dia tido dlm kreta. eeee tlg lah, jgn biarkan anak2 di luar pengawasan anda ibu bapa. fuhhhh!!!

eja said...

haa..aku pun dgr yg pompan tu..bkn main bangga lg.aku x stuju.2,3 mnt pun blh jd pape..inikn lg 1jam...hmm