CLICK! CLICK ! DI SINI

Monday, November 15, 2010

Baca Quran sebelum kelas

Baca Quran sebelum kelas

Usaha Jabatan Pelajaran Terengganu bangun sahsiah pelajar

JERTIH: Setiap pelajar Muslim di Terengganu dikehendaki memulakan sesi persekolahan harian mereka dengan membaca al-Quran selama 10 minit mulai tahun depan.

Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Razali Daud, berkata ia adalah sebahagian daripada usaha pihaknya mem-beri penekanan serius kepada pembangunan sahsiah seiring dengan kecemerlangan akademik yang dicapai pelajar.

Beliau berkata, pihaknya akan berusaha memastikan warga sekolah memiliki sahsiah dan akhlak yang mantap, selaras dengan usaha membasmi masalah disiplin kalangan pelajar sekolah di Terengganu. “Bagi pelajar Islam yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina atau Tamil pula, ustaz akan digunakan bagi menguruskan mereka secara berkumpulan,” katanya di sini, semalam.
 

Razali berkata, semua program pembangunan sahsiah pelajar seperti perkhemahan pula akan dilaksanakan dalam kawasan masjid dan tidak lagi di resort atau hotel sebagaimana diamalkan sebelum ini.

Sementara itu, Razali berkata, semua sekolah di Terengganu dikehendaki mengadakan program solat ha-jat sebelum cuti persekolahan bermula minggu depan. – BERNAMA

*this is an article in Berita Harian 15/11/2010..and i really think it should b applied not only in Terengganu but all over Malaysia. make it compulsary for every school.Make it a habit for students sedari awal sekolah rendah. this is a really great way to bendung gejala sosial yang berlaku.make it happen.

*why only now baru ada org perasan bende ni eh?including me myself..suppose bende ni dah di buat dari dulu lagi memandangkan kita ni hidup dalam negara yang m'jadikan Islam agama rasmi.

*even mcm sekolah agama yang kita pegi masa sekolah rendah tu pun tak dibuat compulsary.walaupun itu adalah platform terbaik utk anak2 belajar basic agama..i mean more than ape yg dah di ajar kat sekolah kebangsaan.suppose kat situlah tempat utk memupuk "keagamaan" dlm diri seseorg insan.memandangkan kita sendiri pun tau..kat umah manalah ade makbpk kita ajar cam kat sekolah.klu ada pun just very8 d basic.

*i'm not that alim or warak or pandai sgt bab2 agama ni but stil..i can recite Ayatul Quran and tau hukum tajwid and also sirah Nabi and all of that i learned it in sekolah petang masa sekolah rendah dulu.at least laa..xla aku ni jahil bebeno bab agama ni.bkn nk cakap ape la..aku pernah jumpa seorg kawan di zaman Universiti yang tidak mengenal huruf jawi langsung.bukan jawi yang utk baca tau tapi jawi yang mcm nak baca Al-Quran tu.. I wonder..abis tu..dia x pernah baca Quran ke?hmm..ntah..i dont want my children to be like that..InsyaAllah..


Photobucket

No comments: