CLICK! CLICK ! DI SINI

Wednesday, March 16, 2011

FALIQ HILANG DI PLAYGROUND








kenal dengan muka muka ni?
biasa lihat dan dengar situasi ni?
pernah alami keadaan ini?
macam mana perasaan menjadi ibu bapa mereka?

pertamanya aku nak panjatkan jutaan syukur ke hadrat ALLAH SWT
kerana masih panjangkan jodoh aku dengan faliq
kerana aku masih diberi peluang memeluk, mencium dan menyuap dia

masih ingat lagi perasaan tu
waktu cari faliq ke sana ke mari
dalam kepala ni dah macam macam yang terbayang
kalaulah dia da hilang da takkan jumpa lagi..
YA ALLAH!

memang teruk sangat perasaan masa tu
rasa macam tak boleh pikir ape dah

ahad lepas la ni..kebetulan ada karnival kat morib
bawak my mum
 and budak budak
ramai giler orang hari tu..
bawak kakak and adik ke playground
da jadi habit diorg klu sampai diorg akan tengok orang dulu
duk perati orang lain main
lama sket nanti baru diorang akan bergerak

so adik memang berdiri kat tangga nak naik slide
aku, abahnya and my mum cari tempat duduk
duk kt atas tanah
boleh la pulak abahnya terduduk atas sarang semut
kelam kabut la aku nolong buang semut semut tu

adala dalam 2,3 minit pastu.. bila toleh faliq da takde kat tempat dia berdiri tadi
memula relax dulu
pusing satu playground kalau kalau dia pegi carik mainan lain
pusing punya pusing pun tak nampak kelibat dia
adela da 5 kali pusing kot
airmata aku da meleleh
dalam longkang pun aku jenguk
mana la tau terjatuh dalam tu
pun takde

semua orang da mula perasan yang kami cari something
bile ada yang start tanye tu la airmata mumy da tak tahan lagi
menangis bagai nak rak!
then ada sorang kakak ni suggest suh wat pengumuman kat karnival
so abahnya pun pegila
aku kat taman tu asik kene interview la orang orang yang nak tolong
diorang mintak tengok gamba macam mana rupa dia

then after 10minit camtu..ada sorang budak bujang ni panggil
kak..tu suami dengan anak akak ke..dia tunjuk ke satu arah
bila aku dongak je memang betul
abahnya da jumpa faliq
mumy terus lari ambik faliq peluk kuat2

YA ALLAH!
syukur alhamdulillah
tak dapat nak gambarkan perasaan gembira and lega masa tu..
hampir setengah jam la jugak faliq hilang..rasa da nak pengsan pun ada gak

abah jumpa faliq dekat tengah tengah karnival
berjalan lenggang kangkung
wat muka pedek...
aish!!budak ni..

Faliq!!!!!!!!!!!!!tolongglahhhhh!!!!!
jangan buat mumy dengan abah rasa macam ni lagi
tolongla jangan..

*kalau nak ikutkan perangai faliq, agak tak logik dia boleh jalan sejauh tu sorang-sorang ..hmm..ntahla!





Photobucket